Nama saya Craig dan saya berasal dari Jerman. Saya mempunyai seorang adik, bernama Dario. Mulai 26 Januari 2007, saya telah ke Malaysia untuk menyertai program 'AFS' atau di Malaysia ia lebih dikenali dengan ABM atau Antara Budaya Malaysia. Di Malaysia saya tinggal bersama sebuah keluarga melayu yang tinggal di Bandaraya Shah alam. Keluarga melayu tersebut mempunyai 3 orang anak, Danial, 8 tahun, Yasmin 6 tahun dan Sophia 4 tahun. Semasa di Malaysia, saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Bukit Jelutong.
Saya suka tinggal bersama masyarakat melayu di Malaysia, kerana mahu belajar bahasa melayu dengan lebih baik. Selain dari itu, saya juga ingin mendapat pengalaman dari tempat-tempat yang saya lawati di Malaysia. Tujuan saya menulis di Blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman berharga saya berada di Malaysia, dengan kawan-kawan saya di Jerman.
Samstag, 10. Februar 2007
Abonnieren
Kommentare zum Post (Atom)
Keine Kommentare:
Kommentar veröffentlichen