Dienstag, 20. November 2007

Makan di Jerman (Bahasa Malaysia)

Di Malaysia, ramai orang selalu bertanya tentang jenis makanan di Jerman. Mereka ingin tahu jika orang Jerman juga memakan nasi. Orang Jerman selalu memakan nasi, sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu. Walaubagaimanapun roti adalah makanan utama orang Jerman. Selain sarapan pagi, roti juga dimakan sepanjang hari. Biasanya orang memakan makanan berat (makanan panas) sekali sehari sahaja, iaitu pada waktu tengahari atau malam.

Saya makan bersama semua anggota keluarga saya di Jerman sekurang-kurangnya sekali sehari untuk memelihara keharmonian dan kebahagiaan keluarga. Kami berpeluang bercerita dan berbincang tentang aktiviti dan perasaan masing-masing.. Di Malaysia saya sangat gembira sebab saya selalu makan bersama keluarga angkat saya. Lagi pun semua orang Malaysia suka bergaul.

Orang Jerman selalu makan menggunakan kutleri. Garpu dan pisau digunakan untuk memakan nasi. Sudu hanya digunakan untuk memakan sup atau makanan cair. Sendawa dan "smacking" semasa makan merupakan sikap kurang sopan. Selepas tuan rumah memulakan makan, barulah kanak-kanak dan tetamu boleh turut makan. Di restoran, orang jarang berkongsi makanan. Setiap pelanggan memakan makanan di pinggan masing-masing.

Orang Jerman jarang makan di restoran kerana harganya sangat mahal. Biasanya mereka hanya mampu untuk makan di restoran sekali dalam seminggu. Terdapat banyak restoran yang menghidangkan makanan eksotik seperti restoran Cina, India, Iran, Mexico dan lain-lain. Walau bagaimanapun restoran Itali menjadi pilihan dan kesuakaan orang Jerman. Mereka memang sukakan gaya masakan Itali. Pasta dan pizza antara menu yang sering dimasak di rumah.

Selain roti dan mee (pasta), kentang juga merupakan makanan utama. Terdapat beberapa „makanan kebangsaan“ yang mengandungi kentang. Biasanya kentang akan digoreng, dilenyek, dimasak atau dibakar. Ianya dihidang dengan makanan sampingan seperti daging, ikan, sayur dan lain-lain. Orang Jerman jarang memakan daging. Orang Jerman memakan daging ayam, lembu dan babi. Pizza Hut dan McDonald’s menggunakan daging babi di dalam beberapa hidangannya. Walau bagaimanapun terdapat berpuluh-puluh kedai makan HALAL di merata tempat. Terdapat lebih daripada 3.2 juta orang beragama Islam di Jerman. Kebanyakan orang Islam berasal dari Turki. Orang Turki mengusahakan kedai makanan kebab. Kebab juga merupakan salah satu makanan kesukaan orang Jerman.

Oleh kerana roti merupakan makanan utama di Jerman, terdapat banyak kedai roti yang menjual pelbagai jenis roti. Orang Jerman tidak memakan roti yang hambar seperti Gardenia. Di sana kami memakan roti yang sedap dan segar, diperbuat daripada pelbagai jenis bijirin seperti gandum, rai dan gandum penuh. Saya sangat suka roti rai dengan bijirin bunga matahari atau bijirin bijan. Di setiap daerah terdapat roti khas masing masing. Di Trier iaitu tempat tinggal saya, orang suka memakan Baguette. Ini kerana daerah Trier dipengaruhi oleh budaya Perancis.

Di Jerman tidak terdapat kedai makan di tepi jalan. Walaupun tidak terdapat pasar malam, mereka masih berpeluang membeli makanan segar di „pasar pagi“ dan „pasar hari ahad“ seperti ikan, daging, sayur dan buah buahan. Kebanyakan buah-buahan diimport dari Amerika Tengah dan Afrika. Walaubagaimanapun epal, oren dan pear ditanam di Jerman. Selain itu, terdapat juga buah durian, rambutan dan kelapa muda yang diimport dari Asia. Ianya dijual dengan harga yang sangat mahal dan tidak segar lagi.

Di Jerman saya belum pernah menjumpai restoran melayu. Saya bercita-cita untuk membuka restoran melayu, yang menghidangkan semua makanan Malaysia kesukaan saya. Berikut adalah cadangan menu di restoran saya: Pembuka selera: Buah-buahan (rambutan, tembikai, betik, langsat) atau roti (Roti Naan atau Roti Canai). Hidangan utama: Nasi Lemak, Nasi Goreng atau Nasi Biryani dengan Ayam Rendang atau Sate Kajang. Pencuci mulut: Apam Balik, buah durian, jagung rebus, buah berangan atau ABC.

3 Kommentare:

Anonym hat gesagt…

Es gibt ein malaiische Restaurant in Berlin. Ich war da. Das war echt super. Ihr Rendang und Kurma ist zwar ein bisschen untypisch, aber der/die/das Roti Canai war spitze! Es gibt auch ein in Frankfurt, hat meine Freundin mir erzählt. Es soll aber nicht gut sein. Weiß ich nicht.

Oh...ich werde das deutsche Brot soooooo vermissen. Ich mochte Gardenia schon nicht als ich in Malaysia war, aber jetzt...ich glaube ich kann es einfach nicht mehr essen.

Ich finde es aber so toll, weil ich Deutschland und Malaysia auch kenne wie du und du erzählst genau was ich die Leute hier erzähle.

Aber was denkst du über Kuih-Muih und Mamak Stall? Ich habe Schwierigkeiten um das zu erklären, weil so was gibt es eben in Deutschland nicht. Kuih-muih ist besonders schwer zu beschreiben.

Haha, dein Malayisch ist sehr gut. Ich muss zugeben, mein Malayisch ist jetzt nichts geworden. Ich kann zwar noch verstehen, aber ich kann einfach nicht mehr fließen reden.

Mach's gut! Tschüß!

DIDI hat gesagt…

Ich war in Deutschland.dann hab deutsche Essen probiert,ohh so lecker.Komme aus Indonesien.Sie mussen ja Indonesische Essen probieren.Zb.GADO-GADO,SATE,NASI GORENG ,MIE GORENG,GULE,IKAN BAKAR,PECEL LELE usw, sie sind ja so so lecker.

schoene liebe Gruesse,
DIDI

DIDI hat gesagt…

Na ja ,ich komme aus Indonesien.Ich war auch in Frankfurt und Kassel.Ich hab mehrere deutsche Essen schon probiert, so Lecker...
Sie mussen ja Indonesische Essen probieren.Zb. Gado2,ist wie salad.Gule kambing,Sate,nasi goreng,ayam bakar,bakso, sie sind ja so so lecker.

Schoene liebe Gruesse