Donnerstag, 15. November 2007

STE Sarawak – Pusat Pemulihan Orang-Utan/Ladang Buaya (Bahasa Malaysia)



Semasa di Kuching kami melawati pusat pemulihan Semenggoh yang terletak di luar bandar Kuching. Semua orang-utan yang dibebaskan dari tawanan dan dirampas daripada pemiliknya akan dibawa ke tempat tersebut. Di sana orang utan akan dipelihara dengan baik oleh jurulatih. Orang utan akan diajar cara memanjat pokok atau mencari makanan sendiri. Apabila sudah besar orang utan itu akan dilepaskan ke hutan.

Pusat tersebut terletak di dalam hutan. Kami bersama ramai pelancong lain (Mat Salleh) berjalan kaki ke sebuah pondok di dalam hutan tersebut. Di pondok itu kami dapat melihat orang utan sedang memakan sarapan yang terdiri daripada pisang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Terdapat seekor orang utan yang datang bersama bayinya juga.

Selepas itu kami menuju ke sebuah ladang buaya. Pada mulanya saya tidak merasa seronok di sana kerana saya melihat gambar-gambar yang menunjukkan buaya mati yang telah dibunuh selepas memakan orang.

Di ladang tersebut kami melihat sangkar-sangkar konkrit yang buruk dan berwarna kelabu. Di dalam sesebuah sangkar itu terdapat berpuluh-puluh buaya yang bertindih antara satu sama lain. Saya berpendapat bahawa buaya-buaya ini tidak dipelihara di tempat yang sesuai.

Tetapi kemudiannya kami masuk ke dalam hutan yang juga terdapat sangkar. Walaubagaimanapun, sangkar-sangkar di sini lebih besar dan membolehkan buaya-buaya hidup didalam keadaan natural.

Akhirnya kami melihat beberapa orang pekerja memberi makanan kepada buaya-buaya. Makanan tersebuat ialah daging kambing dan lembu. Buaya-buaya berenang di dalam kolam menunggu makanan yang digantung pada tali yang direntang di atas kolam. Kadang-kadang terdapat buaya yang melompat dan merampas sebahagian daging dengan menggigitnya. Pada masa itu hujan sudah turun dan kami bergerak ke pintu masuk ladang untuk pulang ke rumah masing-masing.

Keine Kommentare: