Dienstag, 24. April 2007

Terengganu (Bahasa Melayu)



Pada hari Jumaat yang lepas saya bersama ibubapa dan adik-adik telah pergi ke Terengganu dengan menaiki kereta. Kami bersama dua keluarga yang lain menginap selama 3 hari 2 malam di rumah sewa Pak Awang , berhampiran dengan pantai. Pantai dan laut di sana sangat cantik.

Selepas makan tengahari pada hari Jumaat tersebut, kami berenang di laut. Pada tengahari pula, saya dan Sarodin pergi ke laut dengan menaiki bot kecil untuk menangkap sotong. Di laut, kami berjumpa dengan banyak bot-bot lain. Saya merasa bosan kerana tidak dapat berjaya menangkap seekor sotong pun. Tetapi Sarodin telah dapat menangkap empat ekor sotong. Selepas itu, kami pulang ke rumah sewa dan memakan sedikit sotong yang telah di masak.

Pada pagi hari Sabtu, saya pergi ke laut sekali lagi dengan menaiki bot. Kami pergi untuk mengambil pukat atau jaring yang telah dipasang beberapa jam sebelumnya. Walaubagaimanapun tiada seekor ikan pun yang terperangkap di dalamnya.

Sebelum pergi ke bandar Kuala Terengganu, saya berenang sekali lagi di laut. Bandar Kuala Terengganu ialah bandar kecil. Kami melawat Pantai Burok, Masjid Terapung Chendering dan Pasar Payang. Di sana, saya membeli dua helai kain batik dengan corak tradisional Terengganu. Saya juga memakan telur penyu yang mana rasanya hampir sama dengan telur ayam.

Selepas itu saya bersama Sarodin dan beberapa kawan-kawan yang lain telah pergi ke Jeti Marang. Pada kali ini, kami menaiki bot yang lebih besar daripada yang saya naiki hari Jumaat yang lalu. Bot berlabuh di tengah laut. Kami mula menangkap ikan dan sotong. Saya telah berjaya menangkap lapan ekor sotong dalam tempoh masa dua jam sahaja. Saya tidur di dalam bot dalam keadaan yang tidak selesa yang mana berlantaikan kayu dan menggunakan 'life jacket sebagai bantal. Walaubagaimanapun saya merasa nyaman sekali.

Pagi hari Ahad, saya bangun awal pagi. Kami menarik beberapa jaring atau pukat yang telah penuh dengan ikan ke atas bot. Seterusnya kami pulang ke Jeti Marang.

Pada tengahari, saya berenang di laut. Saya juga berjalan keluar untuk melihat kawasan persekitaran. Saya mengambil gambar pemandangan sekitar dan rumah tradisional yang sangat cantik.

Pada petang Ahad, kami berangkat pulang ke Shah Alam. Kami telah singgah di beberapa kedai di tepi jalan untuk membeli makanan.

Saya merasa seronok dengan lawatan ke Terengganu ini. Saya dapat berenang di laut, menangkap sotong dan berbual dengan keluarga dan kawan-kawan. Saya juga dapat bermain dengan adik-adik saya.

Keine Kommentare: