Mittwoch, 25. Juli 2007

Sejarah Jerman (Bahasa Malaysia)

Artefak dari daerah Jerman yang paling lama berumur 600.000 Tahun. Artefak Malaysia yang paling lama berasal dari Tahun 200.000 SM sebelum masihi. Pada Zaman Neolitik penempatan yang pertama telah diwujudkan oleh peladang-peladang.

Pada Tahun 100 SM sehingga 500 TM (Tahun masihi) hampir keseluruhan Jerman adalah sebahagian daripada Empayar Rom.

Di Jerman saya tinggal di bandar Trier. Dahulu Trier ialah ibu bandar daerah Empayar Rom Utara. Oleh sebab itu, bandar Trier ialah bandar yang paling lama di Jerman. Di sana terdapat banyak bangunan lama, seperti pintu gerbang yang bernama Porta Nigra.

Pada Tahun 500 TM Empayar Rom telah gagal. Pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh masyarkat Rom telah hilang.

Pada masa Zaman Pertengahan, terdapat banyak kerajaan kecil di Jerman. Setiap kerajaan diperintah oleh 'knight' atau raja. Semasa Zaman Pertengahan masyarakat tidak berkembang.

Pada abad ke-16, Jerman berperang dengan Perancis dan beberapa negera lain. Pada masa itu, sistem politik ekonomi dan sosial berkembang. Napoleon menakluki sebahagian daripada Jerman.

Pada abad ke-19 banyak kerajaan bersatu untuk menubuhkan Persekutuan Jerman. Persekutuan Jerman memudahkan perdagangan, kerana hanya ada sejenis mata wang sahaja.

Pada akhir abad tersebut Zaman Perindustrian bermula. Kerajaan membina banyak landasan keretapi untuk kemudahan pengangkutan.

Pada Zaman Imperialisma, banyak negara telah dijajah oleh Inggeris. Penguasa Kolonial (Colonial powers) yang lain ialah Italy, Jerman, dan Perancis.

Perang Dunia Pertama semua negara Eropah belanjakan wang yang banyak untuk membeli alat tentera. Mereka berfikir bahawa memanangi peperangan & menakluki negara lain adalah satu kejayaan .Pada tahun 1914, putera Austria terbunuh. Terdapat banyak 'coalitions’. Jerman, Austria berperang melawan Ingerris, Perancis dan Russia.

Pada Perang Dunia I, tentera Jerman berjaya di barat dan juga timur. Kemudian pasukan tentera tersangkut di front barat di perancis utara. Selama tiga tahun ramai askar berperang tetapi tiada siapa pun yang berjaya. Lebih kurang 8 juta orang askar mati. Industri Jerman tidak cukup membekalkan alat tentera yang baru dan orang ramai tidak menyokong tentera lagi. Oleh sebab itu, maharaja Jerman meletakkan jawatan. Selepas itu, Jerman telah berperang selama empat tahun. Kerajaan yang baru mencapai gencatan senjata dengan negera musuh. Perjanjian keamanan menyebabkan Jerman hilang banyak rantau.

Republik Demokrasi yang pertama di Jerman diwujudkan. Kerajaan meluluskan banyak pembaharuan, seperti hak mengundi untuk perempuan. Krisis ekonomi dunia menyebabkan industri di Jerman rugi. Masa itu kadar inflasi tinggi. Harga wang kertas berkurang setiap hari. Semasa klimaks sebuku roti berharga sebilion Deutsche Mark. Pada masa itu ramai orang miskin dan menganggur.

Pada masa itu ramai orang suka Adolf Hitler. Adolf Hitler ialah seorang ahli politik yang lahir di Austria. Orang ramai suka Adolf Hitler sebab dia menjanjikan pekerjaan untuk setiap orang dan pembangunan negera. Ramai orang suka mendengar Hitler, kerana ucapannya bersemangat. Pada tahun 1933, Hitler menjadi ketua negara. Beliau menutup parlimen yang bernama Reichstag , menubuhkan Parti NSDAP dan mengharamkan parti-parti lain.

Hitler menubuhkan sistem pemerintahan yang mengawal semua orang dengan keras. Kerajaan Nazi membunuh semua orang yang tidak mematuhi Nazi. Selain itu Hitler mahu mencegah budaya Jerman bercampur dengan budaya lain. Oleh sebab kerajaan Nazi merosakkan kedai & membunuh orang Yahudi. Orang Yahudi yang muda terpaksa bekerja dalam kem untuk kerajaan. Dahulu ramai orang Jerman tak tahu bahawa orang Yahudi dibunuh ataupun mereka takut cakap tentang perkara ini. Kerajaan Nazi membunuh orang cacat, orang gipsi dan orang homoseksual. Perkara ini bernama Holocaust.

Hitler mahu meluaskan Negara Jerman dengan memulakan perang melawan Poland. Tiba-tiba semua negera lain takut kepada Hitler dan kerajaannya. Britain, Amerika Syarikat, Perancis dan Russia menyertai perang di Eropah. Tidak lama selepas itu Jepun menguasai Malaysia. Semasa Perang Dunia Kedua Jepun bekerjasama dengan Jerman dan Itali. Pada awal Perang, tentera Jerman berjaya di mana-mana, tetapi kemudian tentera berikat diatur lagi dengan bijak. Pada bulan Mei tahun 1945, tentera Jerman mengaku kalah. Pada masa itu Hitler sudah membunuh diri.

Empat negera yang menang perang, membahagikan kuasa di daerah-daerah Jerman. Negeri berikat tidak bekerjasama dengan Russia lagi. Bahagian Jerman Barat lebih berjaya daripada bahagian yang diatur oleh Russia. Ramai orang keluar Russia pindah ke Barat secara haram. Oleh sebab itu, Russia membina tembok dan zon larangan dengan periuk api di sepanjang sempadan antara bahagian barat dan timur.

Persekutuan Republik Jerman ditubuhkan pada tahun 1949 di Jerman barat. Bahagian timur bekerjasama dengan Russia. Kedua-dua bahagian diatur oleh sistem demokrasi.

Pada tahun 1989 ramai orang dari Jerman Barat dan Jerman Timur membuat bantahan tentang tembok tersebut. Mereka susah untuk berjumpa saudara mara di bahagian yang lain. Mereka merosakkan tembok dan akhirnya kerajaan di Jerman Timur gagal.

Sejak tahun 2002 Euro ialah mata wang di Jerman dan di seluruh Kesatuan Eropah. Sebelum itu negera-negera di Eropah menggunakan mata wang masing-masing.

Sejak Perang Dunia Kedua Jerman tidak menyertai sebarang 'Perang' dan menolak peperangan kerana orang Jerman malu dengan sejarahnya. Tetapi tentera Jerman menolong Afghanistan membangun dan mengekalkan keamanan di banyak negera.

Pada masa ini Jerman salah satu negera yang berjaya di dunia. Jerman ialah negera pengekspot yang utama di dunia. Daripada 82 juta penduduk Jerman, terdapat 3.2 juta orang beragama Islam. Di Jerman tidak ada agama kebangsaan.Di dalam 'Human Development Index', daripada 171 buah negara di dunia, Jerman terletak di tempat ke-19 manakala Malaysia ditempat ke-61.

Saya menulis karangan ini kerana saya mesti memberi ucapan tentang sejarah jerman di sekolah saya.

Keine Kommentare: