Montag, 7. Mai 2007

Pulau Sibu (Bahasa Malaysia)



Pada malam hari Khamis yang lepas saya bersama beberapa orang pekerja MPAJ (Majlis Pembandaran Ampang Jaya) pergi ke Pulau Sibu di Johor dengan menaiki bas. Saya mengantuk, tidak boleh tidur dalam bas, kerana saya duduk di belakang.

Pada pagi hari Jumaat kami sampai ke laut. Kami pergi ke Pulau Sibu dengan menaiki bot laju. Selepas makan tengahari pada hari Jumaat tersebut, kami pergi ke pantai lain di P. Sibu untuk berenang di laut. Pantai kotor dan ada banyak sampah, kerana tidak ada orang menjaga pantai tersebut. Tetapi laut bersih dan saya merasa seronok berenang.

Pada pagi hari Jumaat Mummy, Daddy dan adik-adik sampai ke hotel kami. Mula mula mereka tidur. Saya dan kawan Daddy pergi ke pulau lain dengan menaiki bot untuk berenang dan buat 'scuba' di laut untuk tengok ikan dan karang cantik. Pulau itu kecil, tetapi pulau yang paling indah yang pernah saya lihat. Tanah putih dan lembut dan coral reef dengan banyak ikan cantik di sebelah. Saya naik ke atas bukit di pulau itu. Susah untuk menaiki bukit, kerana ada banyak batu yang pecah semasa saya berdiri di atas batu tersebut. Di atas bukit, saya boleh melihat semua pulau. Satu jam sebelum pulang ke Resort Daddy, Mummy dan adik-adik datang. Saya menunjuk Yasmin ikan dan karang. Mula-mula dia takut memakai goggles, tetapi selepas itu dia sudah pandai.

Pada petang semua berehat. Saya membaca buku. Selepas itu saya bersama kawan mengambil kelapa muda dari pokok. Terdapat banyak buah kelapa dan cukup untuk semua kawan-kawan. Masa matahari turun saya bersama Daddy dan kawan berjalan kaki ke pantai lain yang cantik. Ada ramai orang putih tinggal di resort di sebelah pantai tersebut.

Pada makan malam hari Sabtu tersebut kami BBQ sotong, ikan dan Satay. Saya sangat suka Satay.

Pada pagi hari Ahad saya bersama Daddy, Mummy dan adik-adik pergi ke pantai yang kotor sekali lagi.

Pada tengahari kami pulang. Kali ini saya menaiki kereta. Kami makan nasi di sebuah kedai Mamak. Saya memakan nasi Biryani dengan ayam yang sedap.

Saya merasa seronok dengan lawatan ke P. Sibu ini. Saya suka melancung bersama keluarga.

Keine Kommentare: