Today was a wonderful day. Actually I was very nervous when I went to school this morning, because I would give a speech, in front of more than 1300 people, most of them my fellow school mates.
Then everything passed by very fast. As I was a little late the morning assembly was just about to start. I told one of my teachers that I wanted to give a short farewell speech. I sat down to drink some water but immediately my name was announced.
I took my three papers and approached to the front. I smiled at my school, trying to get everybody’s attention. I started my speech in German. Subsequently the pupils started to chatter with their neighbors. Some started to laugh. At this point I continued my speech in Malay talking about student exchanges, its aims and how students can apply for an exchage program. The atmosphere was perfect. All listened to me and the whole school was laughing at my little jokes.
After the speech some students, who I have never met approached me to shake hands. I am already sometimes feeling sad thinking of the moment I have to leave this country and its friendly people. I received some nice and personal presents.
The following text was my speech:
Guten Morgen liebe Mitschuelerinnen und Mitschueler des SMK Bukit Jelutong. Ich begruesse euch sehr herzlich und vor allem unsere neuen Form 1 Schueler, die sich hier hoffentlich sehr gut einleben werden. Alamak, tiada sesiapa yang memahami apa yang saya cakap. Pada masa saya datang ke Malaysia, iaitu bulan Februari tahun lepas, saya mengalami keadaan yang sama. Dahulu saya hanya memahami sedikit sahaja apabila mendengar orang bercakap Bahasa Malaysia. Selepas itu, saya membuat keputusan untuk mempelajari bahasa kebangsaan dengan bersungguh-sungguh. Setiap hari saya berusaha untuk belajar beberapa perkataan baru. Pada mulanya saya menghadapi masalah untuk menyesuaikan fikiran saya dengan tatabahasa walau bagaimanapun selepas 3 bulan, saya sudah boleh bercakap Bahasa Malaysia dengan lancar.
Selain itu, terdapat banyak perbezaan di sini berbanding dengan di Jerman. Contohnya di Jerman, tiada perhimpunan seperti ini, tiada badan pengawas di sekolah, tiada soalan objektif dalam peperiksaan dan yang paling jelas sekali semua pelajar memakai baju biasa ke sekolah. Komunikasi dan interaksi antara pelajar dan guru lebih bebas dan terbuka. Adalah satu keadaan biasa untuk pelajar memberi komen dan membetulkan guru-guru jika mereka membuat silap dan begitu juga sebaliknya guru-guru akan memberi teguran kepada pelajar. Kami sering berbincang untuk menyelesaikan sesuatu isu. Suasana persekitaran di Jerman lebih informal dimana pelajar hanya perlu mengangkat tangan untuk menjawap soalan atau memberi pendapat, tanpa perlu berdiri semasa bercakap. Pelajar bercakap dan memainkan peranan yang sama banyak dengan guru. Guru hanya memberi kata kunci dan pelajar-pelajar perlu mengembangkan atau evaluate topik tersebut. Saya sangat suka kelas co-curriculum di sini. Di Jerman tiada kelas tambahan pada petang.
Sepatutnya semua pelajar asing seperti saya perlu cuba menyesuai diri dengan keadaan baru. Saya pasti kita semua mahu mencapai matlamat kedamaian di seluruh dunia. Matlamat ini hanya dapat dicapai melalui persefahaman antarabudaya dan toleransi. Pertukaran pelajar dapat menolong seseorang untuk mengukuhkan fikiran supaya lebih terbuka dan objektif. Apabila seorang pelajar tukar ternampak acara asing, ia akan menilainya secara objektif dan tanpa prejudis manakala seorang jahil yang menganggap budaya sendiri sebagai budaya yang wajar dan biasa akan menilai sesuatu berdasarkan perbandingan sahaja. Sesuatu pergerakan juga memberi maksud berlainan. Adakah anda tahu bahawa gerakan ini di Jerman bermaksud: Pergilah! Makna di Malaysia: Tolong mari sini. Di Inggeris tanda ini dibuat oleh orang yang suka sesuatu manakala tanda yang sama akan dianggap sebagai hinaan buruk di Jerman. Kalau seorang Jepun pula ternampak tanda ini beliau berfikir bahawa saya ingin berbincang tentang kewangan.
Pada hari pertama saya datang sekolah, ramai pelajar bercakap dengan saya. Sikap suka bergaul ini dan ramai pelajar yang peramah menyebabkan saya merasa seronok di sini. Sehingga ini saya selalu belajar secara berterusan tentang segala bidang seperti tradisi budaya dan perangai baik. Saya menghadiri kelas bahasa Tamil kerana ini adalah satu-satunya peluang untuk belajar bahasa tersebut. Selain itu saya juga belajar Silat. Malangnya saya sudah terlupa langkah-langkahnya. Saya bernasib baik sebab kawan-kawan sekolah mengajak saya untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak. Selain SMKBJ, keluarga melayu saya adalah salah satu faktor ketara yang membantu ianya berjalan lancar sepanjang tahun lepas.
Saya berharap bahawa ramai pelajar SMKBJ akan menyertai program pertukaran pelajar. Kebanyakan organisasi memilih pelajar berdasarkan sikap dan fikiran mereka dan bukan kekayaan atau pencapaian pendidikan. Lagi pun pelajar Malaysia dapat menyertai pertukaran pelajar secara percuma ke Jepun, AS dan Costa Rica. Pelajar yang ingin pergi Eropah berpeluang mendapat biasiswa dengan senang. Semasa pertukaran, anda dapat meluaskan pengetahuan am dan memberi faedah. Selain itu anda berpeluang belajar bahasa asing selain daripada bahasa Inggeris. Ini adalah sangat berfaedah, kerana sudah ramai orang pandai bercakap bahasa Inggeris.
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas pertolongan semua pelajar dan guru SMKBJ.
Pada minggu depan saya terpaksa meninggalkan Malaysia dan pulang ke Jerman. Namun saya akan menggunakan dan menikmati masa yang tinggal ini dengan sebaik-baiknya.
Terima kasih daun keladi semoga kita berjumpa lagi.