Posts mit dem Label Bahasa Malaysia werden angezeigt. Alle Posts anzeigen
Posts mit dem Label Bahasa Malaysia werden angezeigt. Alle Posts anzeigen

Dienstag, 8. Januar 2008

Farewell Speech

Today was a wonderful day. Actually I was very nervous when I went to school this morning, because I would give a speech, in front of more than 1300 people, most of them my fellow school mates.

Then everything passed by very fast. As I was a little late the morning assembly was just about to start. I told one of my teachers that I wanted to give a short farewell speech. I sat down to drink some water but immediately my name was announced.

I took my three papers and approached to the front. I smiled at my school, trying to get everybody’s attention. I started my speech in German. Subsequently the pupils started to chatter with their neighbors. Some started to laugh. At this point I continued my speech in Malay talking about student exchanges, its aims and how students can apply for an exchage program. The atmosphere was perfect. All listened to me and the whole school was laughing at my little jokes.

After the speech some students, who I have never met approached me to shake hands. I am already sometimes feeling sad thinking of the moment I have to leave this country and its friendly people. I received some nice and personal presents.

The following text was my speech:

Guten Morgen liebe Mitschuelerinnen und Mitschueler des SMK Bukit Jelutong. Ich begruesse euch sehr herzlich und vor allem unsere neuen Form 1 Schueler, die sich hier hoffentlich sehr gut einleben werden. Alamak, tiada sesiapa yang memahami apa yang saya cakap. Pada masa saya datang ke Malaysia, iaitu bulan Februari tahun lepas, saya mengalami keadaan yang sama. Dahulu saya hanya memahami sedikit sahaja apabila mendengar orang bercakap Bahasa Malaysia. Selepas itu, saya membuat keputusan untuk mempelajari bahasa kebangsaan dengan bersungguh-sungguh. Setiap hari saya berusaha untuk belajar beberapa perkataan baru. Pada mulanya saya menghadapi masalah untuk menyesuaikan fikiran saya dengan tatabahasa walau bagaimanapun selepas 3 bulan, saya sudah boleh bercakap Bahasa Malaysia dengan lancar.

Selain itu, terdapat banyak perbezaan di sini berbanding dengan di Jerman. Contohnya di Jerman, tiada perhimpunan seperti ini, tiada badan pengawas di sekolah, tiada soalan objektif dalam peperiksaan dan yang paling jelas sekali semua pelajar memakai baju biasa ke sekolah. Komunikasi dan interaksi antara pelajar dan guru lebih bebas dan terbuka. Adalah satu keadaan biasa untuk pelajar memberi komen dan membetulkan guru-guru jika mereka membuat silap dan begitu juga sebaliknya guru-guru akan memberi teguran kepada pelajar. Kami sering berbincang untuk menyelesaikan sesuatu isu. Suasana persekitaran di Jerman lebih informal dimana pelajar hanya perlu mengangkat tangan untuk menjawap soalan atau memberi pendapat, tanpa perlu berdiri semasa bercakap. Pelajar bercakap dan memainkan peranan yang sama banyak dengan guru. Guru hanya memberi kata kunci dan pelajar-pelajar perlu mengembangkan atau evaluate topik tersebut. Saya sangat suka kelas co-curriculum di sini. Di Jerman tiada kelas tambahan pada petang.

Sepatutnya semua pelajar asing seperti saya perlu cuba menyesuai diri dengan keadaan baru. Saya pasti kita semua mahu mencapai matlamat kedamaian di seluruh dunia. Matlamat ini hanya dapat dicapai melalui persefahaman antarabudaya dan toleransi. Pertukaran pelajar dapat menolong seseorang untuk mengukuhkan fikiran supaya lebih  terbuka dan objektif. Apabila seorang pelajar tukar ternampak acara asing, ia akan menilainya secara objektif  dan tanpa prejudis manakala seorang jahil yang menganggap budaya sendiri sebagai budaya yang wajar dan biasa akan menilai sesuatu berdasarkan perbandingan sahaja.  Sesuatu pergerakan juga memberi maksud berlainan. Adakah anda tahu bahawa gerakan ini di Jerman bermaksud: Pergilah! Makna di Malaysia: Tolong mari sini. Di Inggeris tanda ini dibuat oleh orang yang suka sesuatu manakala tanda yang sama akan dianggap sebagai hinaan buruk di Jerman. Kalau seorang Jepun pula ternampak tanda ini beliau berfikir bahawa saya ingin berbincang tentang kewangan.

Pada hari pertama saya datang sekolah, ramai pelajar bercakap dengan saya. Sikap suka bergaul ini dan ramai pelajar yang peramah menyebabkan saya merasa seronok di sini. Sehingga ini saya selalu belajar secara berterusan tentang segala bidang seperti tradisi budaya dan perangai baik. Saya menghadiri kelas bahasa Tamil kerana ini adalah satu-satunya peluang untuk belajar bahasa tersebut. Selain itu saya juga belajar Silat. Malangnya saya sudah terlupa langkah-langkahnya. Saya bernasib baik sebab kawan-kawan sekolah mengajak saya untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak. Selain SMKBJ, keluarga melayu saya adalah salah satu faktor ketara yang membantu ianya berjalan lancar sepanjang tahun lepas.

Saya berharap bahawa ramai pelajar SMKBJ akan menyertai program pertukaran pelajar. Kebanyakan organisasi memilih pelajar berdasarkan sikap dan fikiran mereka dan bukan kekayaan atau pencapaian pendidikan. Lagi pun pelajar Malaysia dapat menyertai pertukaran pelajar secara percuma ke Jepun, AS dan Costa Rica. Pelajar yang ingin pergi Eropah berpeluang mendapat biasiswa dengan senang. Semasa pertukaran, anda dapat meluaskan pengetahuan am dan memberi faedah. Selain itu anda berpeluang belajar bahasa asing selain daripada bahasa Inggeris. Ini adalah  sangat berfaedah, kerana sudah ramai orang pandai bercakap bahasa Inggeris.

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas pertolongan semua pelajar dan guru SMKBJ.

Pada minggu depan saya terpaksa meninggalkan Malaysia dan pulang ke Jerman. Namun saya akan menggunakan dan menikmati masa yang tinggal ini dengan sebaik-baiknya.

Terima kasih daun keladi semoga kita berjumpa lagi.

Dienstag, 1. Januar 2008

Perayaan Hari Natal



Sejak awal bulan Disember saya menyediakan perayaan Hari Natal untuk keluarga melayu saya. Ini adalah kerana saya mahu menunjukkannya cara perayaan ini di Jerman.

Pada awal bulan Disember, saya sering ke Kuala Lumpur untuk mencari hadiah bagi adik-adik, Mummy dan Daddy. Pada masa itu saya telah membuat keputusan untuk membuat sebuah buku foto album. Foto album tersebut mengandungi lebih daripada 100 gambar yang diambil sepanjang tahun ini. Saya melekat gambar-gambar dan menghiasi buku pada lewat malam secara rahsia.

Selain hadiah-hadiah, saya juga membeli sebuah pokok krismas kecil yang diperbuat daripada plastik. Di Jerman semua orang membeli pokok krismas yang asli dan besar. Pokok krismas tersebut boleh bertahan selama dua minggu. Selepas itu daunnya menjadi layu dan gugur. Pokok tersebut tidak boleh ditanam kerana akarnya telah dipotong. Biasanya pokok krismas di Jerman setinggi dua meter atau lebih. Ia dihiasi dengan pelbagai perhiasan bersinar dan berkilat seperti tali berlampu, bintang-bintang dan lain-lain.

Pada lewat malam 23 hb Disember saya membungkus semua hadiah. Pada 24 hb (Christmas Eve) Aliza bersama Danial dan Yasmin keluar rumah untuk membeli hadiah. Pada petang hari Isnin tersebut saya mencari dan mencetak lirik-lirik lagu Krismas Jerman dan juga Jingle bells.

Di Jerman acara penyampaian hadiah bernama „Bescherung“. Ia dirayakan pada malam 24 hb manakala kebanyakan orang bukan Jerman membuka hadiah pada pagi hari krismas iaitu 25 hb.

Pada lewat petang hari Isnin itu saya mengejutkan Sophia. Kami memasang pokok krismas dan menghiasinya. Selepas itu kami menyediakan empat buah pinggan dengan biskut, gula-gula dan kacang. Ini merupakan tradisi khas berasal daripada keluarga emak saya. Apabila semua sudah kembali ke rumah, kami mandi dan bersiap sedia untuk memulakan perayaan.

Pada mulanya kami meletak hadiah-hadiah di bawah pokok krismas. Selepas itu saya mengagih topi Santa Claus kepada Daddy dan Mummy manakala  adik-adik pula diberikan topi berlampu. Kami bermula dengan menyanyi lagu-lagu krismas. Kami juga berjaya menyanyi lagu dalam bahasa Jerman. Kemudian, kami membuka hadiah satu persatu. Saya terkejut, sebab saya mendapat banyak hadiah. Saya sangat suka bola sepak, baju-baju dan hadiah yang lain. Nampaknya Mummy, Daddy dan adik-adik juga gembira dengan hadiah mereka.

Selepas kami membuka semua hadiah, kami menghidang Nasi Biryani dan lauk untuk makan malam.

Biasanya orang Jerman merayakan krismas bersama sudara-saudara ataupun sekurang-kurangnya bersama nenek dan datuk. Walau bagaimanapun keempat-empat nenek dan datuk saya telah meninggal dunia.

Saya tidak merindui keluarga saya di Jerman kerana saya dapat merayakan Krismas ini bersama keluarga angkat saya dengan gembira.